BUTTERWORTH 1 Jun – Kesemua rangkaian Restoran Nasi Kandar Pelita di utara kini mula menjual makanan dan minumannya pada harga lebih murah berikutan kadar cukai perkhidmatan dan jualan (GST) sifar yang diumumkan kerajaan bermula hari ini. Pengarahnya, Datuk K. Sihabutheen berkata, pihaknya telah menerima notis daripada pembekal barangan basah baru-baru ini yang mana caj GST enam peratus tidak lagi dikenakan bermula hari ini. Oleh itu, katanya, kos pembelian bahan mentah…










