Siasatan 1MDB: Beg Bijan singkirkan populariti Hermes, Prada serta Channel - Utusan Malaysia

Siasatan 1MDB: Beg Bijan singkirkan populariti Hermes, Prada serta Channel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Majoriti wartawan serta jurukamera yang menghadiri sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pagi tadi tergelak besar apabila Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengumumkan antara beg berjenama mewah yang turut dirampas memiliki nama ‘Bijan’.

Tambah melucukan, untuk mengelakkan berlaku salah penulisan dan ejaan dalam laporan berita, ada seorang wartawan daripada agensi media tempatan meminta Amar Singh untuk mengeja perkataan tersebut.

Berdasarkan carian di Google, Utusan Online mendapati jenama Bijan itu sebenarnya diasaskan oleh seorang ahli perniagaan bernama Pakzad Bijan yang menetap Los Angeles.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujar Amar Singh, lebih menambahkan kemewahan jenama beg tersebut, ia perlu ditempah jika mahu memilikinya kerana beg tersebut adalah dari jenis buatan sendiri (custom made) dan tiada dalam pasaran untuk jualan lambak.

Selain jenama Bijan, jenama popular seperti Hermes, Prada dan Channel turut ditemui dalam rampasan yang dilakukan ke atas kediaman Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta dan ia sekali gus menjadikan sebanyak 567 beg tangan dari lebih 37 jenama berjaya disahkan.

Hal ini menjadikan nilai rampasan secara keseluruhan bagi tujuan siasatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) RM1.1 bilion termasuk barangan kemas dan wang tunai dan Amar Singh meminta orang ramai tidak membuat tohmahan buruk kepada pihak polis.

“Kami terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyiasat kesemua barangan ini dengan melibatkan lebih 150 anggota termasuk pakar bagi mengesahkan keaslian dan ketulenan barang-barang yang ditemui,” katanya ketika berucap dalam sidang media di Ibu Pejabat JSJK, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Gambar 'nakal' mengenai beg berjenama Bijan dimuat naik netizen di media sosial.
Gambar ‘nakal’ mengenai beg berjenama Bijan dimuat naik netizen di media sosial.

Mengulas info lanjut tentang jenama Bijan di carian Google lagi, Bijan rupa-rupanya merupakan sebuah butik yang termahal di dunia dan pelanggan yang berkunjung ke kedai tersebut bukanlah calang-calang orang.

Antara pelanggan popular Bijan yang dapat dikenal pasti adalah terdiri daripada Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan serta Bill Clinton.

Raja Salman yang merupakan pemimpin Arab serta Tony Blair dan Vladimir Putin yang cukup terkenal dalam dunia politik turut menjadi pelanggan butik tersebut yang juga menyediakan koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi serta kasut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini