Shahrizat enggan pertahan jawatan - Utusan Malaysia

Shahrizat enggan pertahan jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil semalam mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil serius suara lantang rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam UMNO selain memberi peluang kepada muka baharu mengetuai sayap itu.

“Wanita UMNO mempunyai ramai pemimpin berpotensi terdiri daripada mereka yang berpengalaman mahu pun mereka yang muda dan bertenaga. Saya yakin jika mereka diberi peluang untuk memimpin Wanita UMNO, mereka akan menjalankan tugas dengan baik terutamanya untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, keputusannya itu telah dimaklumkan pada Mesyuarat Exco sayap itu yang diadakan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini