KALININGRAD 26 Jun – Maghribi menjadi pasukan paling kecewa kerana pada saat mereka hampir meraih kemenangan mengejut ke atas Sepanyol, Video Bantuan Pengadil (VAR) menterbalikkan keputusan ofsaid kepada jaringan lewat Iago Aspas untuk keputusan seri 2-2 di Stadium Kaliningrad. Keputusan tersebut membolehkan Sepanyol muncul juara Kumpulan B dengan kelebihan jaringan manakala Maghribi tersingkir daripada kempen Piala Dunia 2018. Selaku juara Kumpulan B, Sepanyol bakal bertemu naib juara Kumpulan A, Rusia…










