Seorang maut, lima cedera nahas dua kereta - Utusan Malaysia

Seorang maut, lima cedera nahas dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam satu kemalangan di Kilometer 46 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh berhampiran Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian sekitar pukul 5.25 petang itu, mangsa, Muhammad Zamani Miskan, 21, sedang dalam perjalanan menghala ke Batang Kali dari arah Rawang dipercayai telah hilang kawalan sebelum memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi kereta.

“Kereta jenis Perodua Kelisa milik mangsa kemudiannya telah bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Mazda dari arah hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat pertembungan itu, mangsa yang berasal dari Batang Kali maut di tempat kejadian dan mengakibatkan lima lagi individu yang menaiki kereta jenis Mazda mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Selain mangsa, lima lagi individu yang cedera adalah, pemandu kereta Mazda, Chong Koon Kiat, 35, yang cedera di kepala, Ng Pei Chin, 33, cedera ringan di tangan, Heidi Chong Yu Thung, luka di tangan, dan Giselle Chong Yu En, 2, cedera di lidah.

“Bagaimanapun, seorang penumpang kereta Mazda yang juga merupakan warga emas, Woo Yoke Fong, 65, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini