Seorang kanak-kanak hilang dipercayai lemas - Utusan Malaysia

Seorang kanak-kanak hilang dipercayai lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 6 Jun – Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sawah, Tuaran, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, mangsa, Mohd. Nor Irfan Norajamin, 7, bermain bersama rakan-rakan di tepi sungai berkenaan sebelum terjatuh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.25 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian bersama 13 anggota.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejurus tiba, pasukan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat di sepanjang sungai dan permukaan air.

“Bagaimanapun mangsa gagal ditemukan dan operasi ditangguhkan pada pukul 7.09 petang serta akan bersambung pada awal pagi esok,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini