Sembilan ditahan terlibat judi bola - Utusan Malaysia

Sembilan ditahan terlibat judi bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Jun – Polis menahan sembilan individu termasuk seorang wanita dalam tiga serbuan berasingan di negeri ini dalam Op Soga Piala Dunia 2018 selepas disyaki terlibat dalam kegiatan membuat dan menerima pertaruhan perlawanan bola sepak.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, mereka yang berumur 17 hingga 58 tahun itu ditahan dalam operasi berkenaan bermula pada Khamis lalu sehingga hari ini.

“Susulan serbuan berkenaan, kita telah merampas antaranya komputer riba, dua buah telefon bimbit, beberapa buku kecil tercatit angka-angka serta jadual perlawanan serta beberapa keping kertas putih tercatit angka-angka disyaki pertaruhan perlawanan bola sepak.

“Siasatan awal mendapati nilai pertaruhan adalah antara RM100,000 hingga RM200,000 dengan menggunakan website www.ms88po.com, www.ag.ccbbet.com dan www.ultra88.com. Jumlah wang tunai yang dirampas pula adalah sebanyak RM31,196 dan SGD1,052,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN