Selepas nama penyanyi baharu, Andi Bernadee popular dengan lagu saduran Tak Tun Tuang tahun lalu, kali ini dia kembali dengan single ketiga bertajuk Semalam Sahur Di Mana sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang lalu. Masih mengekalkan konsep saduran untuk lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Roy Ricardo pada 2014, Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile memberitahu, dia menganggap ia satu rezeki yang diberikan Allah SWT untuknya. Tidak kisah…










