Selesema burung merebak di selatan Vietnam - Utusan Malaysia

Selesema burung merebak di selatan Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HO CHI MINH CITY 13 Jun – Selepas bandar Ho Chi Minh, bandar selatan Can Tho melaporkan kes pertama yang disahkan dan disyaki selesema burung A / H1N1, kata agensi berita China Xinhua yang memetik laporan Pusat Perubatan Pencegahan Wilayah hari ini.

Seorang pesakit wanita berumur 84 tahun di Hospital Awam Can Tho disahkan positif virus A/H1N1, sekali gus menjadi kes jangkitan pertama yang disahkan di Can Tho selepas bertahun-tahun bebas dari virus tersebut, kata pusat itu.

Sementara itu, seorang doktor dan dua orang jururawat di hospital berkenaan menunjukkan tanda-tanda jangkitan A/H1N1 selepas menjaga wanita itu, manakala tiga orang pekerja perubatan diasingkan untuk rawatan selesema burung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Awal bulan ini, bandar Ho Chi Minh melaprkan sebanyak 28 suspek dan kes yang disahkan jangkitan A/H1N1, termasuk 16 kes yang telah disahkan. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini