Selera Malaysia di The Mill Cafe - Utusan Malaysia

Selera Malaysia di The Mill Cafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEDATANGAN Ramadan seakan-akan kurang sempurna andai tidak berbicara mengenai juadah berbuka puasa.

Salah satu juadah berbuka puasa yang popular di negara ini ialah masakan tradisional dan tempatan.

Menyedari hakikat itu, The Mill Cafe, Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur mengetengahkan tema Selera Malaysia sepanjang bulan mulia ini.

Sehingga 14 Jun ini, para pelanggan berpeluang memilih 300 hidangan autentik dan tradisional yang diketuai oleh Cef Eksekutifnya, Laurent Lherisson.

Antara hidangan yang diketengahkan termasuklah gulai daging salai, kari kepala ikan, ayam golek, nasi hujan panas, rendang daging, rendang dan sotong masak hitam.

Selain itu, kafe tersebut menawarkan daging dan ikan bakar serta kambing golek yang dihidangkan bersama sos lada hitam.

“Kami mengajak orang ramai merasai pengalaman menikmati hidangan popular dari Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Kelantan,” ujar Lherisson dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Sajian tradisional yang disajikan sepanjang Ramadan pula ialah bubur lambuk, lemang, ketupat, serunding dan kuih-muih.

Penggemar pemanis mulut berpeluang menikmati biskut raya, kek, puding, pengat pisang, bubur serawa nangka dan tapai.

The Mill Cafe turut dilengkapi surau bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN