KUALA LUMPUR 1 Jun- Selepas empat perlawanan tanpa kemenangan, akhir Selangor berjaya menemui semula rentak kemenangan dalam aksi Liga Super setelah menewaskan Kelantan 4-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Kemenangan besar itu diraih dua hari selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal sah bakal melepaskan jawatan, pada 3 Julai ini.
Penyerang sensasi dari Sepanyol, Rufino Segovia meledakkan dua gol pada minit ke-31 dan 36, Evan Dimas menggandakan jaringan dua minit kemudian untuk menutup babak pertama dengan tuan rumah mendahului 3-0.
Bersambung babak kedua, penyerang sensasi Red Giants, Rufino melengkapkan hatriknya pada minit ke-82.
Sementara itu, di Stadium Darul Aman, Kedah mengalami kekalahan pertama setelah mengharungi tiga aksi dengan kemenangan apabila tewas kepada Melaka United 2-0.
Pasukan pelawat membuka tirai jaringan pada minit ke-42 menerusi penyerang dari Belarus, Egor Zubovich, sebelum Lee Chang-hoon melengkapkan kemenangan bergaya Melaka United dengan meledakkan gol kedua pada minit terakhir perlawanan.
Dalam pada itu, aksi Liga Perdana, Terengganu FC II sekadar seri 1-1 dengan Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah – UTUSAN ONLINE










