Sekuntum Syawal
Memuatkan artikel berkaitan…
adalah semurni bahasa
yang mengindahkan suasana
pada hari yang berbahagia
bertemu sanak saudara
pengikat hubungan jalinan mesra.
Sekuntum Syawal
adalah seindah suria
memancar pelangi nirwana
menukilkan kata-kata
pada nilai sewarna kejora
pada hari yang sejahtera.
Sekuntum Syawal
adalah sewajah rasa
pada sejalur tinta
yang mengalunkan gelora
dipersisir pantai merdeka
untuk diselami bersama.
Sekuntum Syawal
adalah kelopak bahagia
pada hari yang mulia
sesudah sebulan berpuasa
kini Aidilfitri menjelma
membawa khabar gembira
buat mukmin-mukminin tercinta.
WADIASSOFI JAAFAR
Alor Setar, Kedah.











