YEKATERINBURG 22 Jun – Kylian Mbappe muncul pemain termuda meledak gol dalam Piala Dunia apabila membantu Perancis menundukkan Peru 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan C, sekali gus mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati lebih awal. Perancis, yang juga pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia kali ini, mengiringi Uruguay dan tuan rumah Rusia mara ke pusingan kedua pada ketika saingan kumpulan berbaki satu perlawanan. Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) berusia 19 tahun 183 hari, Mbappe melakar sejarah tersebut apabila meletakkan skuad Les Blues di depan pada minit ke-34. Skuad Didier Deschamps bakal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya