KUALA LUMPUR 29 Jun – Penemuan cacing dalam tin sardin yang tular beberapa hari lalu tidak menghalang orang ramai daripada terus menikmati makanan popular berkenaan. Bagaimanapun, mereka yang ditemui Utusan Online memberitahu kali ini lebih berhati-hati dengan hanya membeli jenama yang disahkan bebas daripada cacing seperti diumumkan Kementerian Kesihatan. Seorang suri rumah, Hayati Hamzah, 50, berkata, isu tersebut adalah satu perkara yang serius dan masyarakat perlu mengambil berat secara keseluruhan…










