ST. PETERSBURG, Rusia – Ketua jurulatih Mesir, Hector Cuper mengesahkan ayam tambatan pasukannya, Mohamed Salah sudah cergas sepenuhnya dan berkemungkinan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Rusia malam ini.
Kata Cuper, khidmat Salah sangat diperlukan khususnya apabila melihat anak-anak buahnya tewas 0-1 di tangan Uruguay pada aksi pembukaan manakala Rusia menang besar 5-0 ke atas Arab Saudi.
“Dia sudah cergas sepenuhnya. Secara jujur, kami jangkakan dia boleh diturunkan pada aksi pertama menentang Uruguay tetapi sebaliknya berlaku. Kini, saya yakin dia boleh membantu pasukan menentang Rusia nanti.
“Apa yang pasti, saya sudah ada perancangan tersendiri dan begitu juga dengan Rusia. Mereka pasti tidak akan memberi tumpuan kepada Salah semata-mata,” katanya. – Agensi










