ALOR SETAR 30 Jun – Datuk Said Ali Said Rastan sekali lagi diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Pokok Sena apabila berjaya menenangi jawatan ketua dalam pemilihan parti, di sini hari ini. Beliau yang memperoleh 545 undi menewaskan pencabarnya, Kamarol Salleh yang mendapat 133 undi. Dalam pada itu, Datuk Ariffin Man berjaya berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena apabila mendapat lebih 40 undi berbanding pencabarnya, Haris Che…