Rusia, Uruguay ibarat buku bertemu ruas - Utusan Malaysia

Rusia, Uruguay ibarat buku bertemu ruas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 24 Jun – Selepas mencatat dua kemenangan selesa dan menjadi pasukan pertama layak ke peringkat kalah mati, Rusia akhirnya ‘bertemu buku dengan ruas’ apabila menentang Uruguay dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, esok.

Tuan rumah mara ke peringkat 16 akhir Piala Dunia 2018 apabila menumpaskan Mesir 3-1, Selasa lalu, beberapa hari selepas membelasah Arab Saudi 5-0 pada aksi pembukaan.

Uruguay juga sudah mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati selepas menang tipis 1-0 ke atas Mesir dan Arab Saudi dalam dua perlawanan pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun kemenangan di Samara Arena tetap penting bagi menentukan juara kumpulan, sekali gus menawarkan undian lebih baik pada saingan 16 akhir.

Dua pasukan teratas Kumpulan A akan bertemu sama ada Sepanyol, Portugal atau Sweden dari Kumpulan B.

“Uruguay pasukan yang sangat bahaya dan memiliki ramai penjaring gol tetapi kami tidak akan ‘tersasar’ daripada permainan sendiri,” kata pemain tengah Rusia, Aleksei Miranchuk.

Sementara itu, Uruguay pula sedang mempertimbangkan sama ada mahu merehatkan gandingan penyerang, Luis Suarez dan Edinson Cavani.

Skuad bimbingan Oscar Tabarez juga bakal kehilangan tonggak pertahanan Atletico Madrid, Maria Gimenez akibat kecederaan paha.

“Maria Gimenez terpaksa dilupakan untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Rusia,” kata Uruguay dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini