Rusia sudah bersedia - FIFA - Utusan Malaysia

Rusia sudah bersedia – FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SWITZERLAND 7 Jun – Rusia sudah 100 peratus bersedia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, demikian kata Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika dia menjelaskan berhubung kebimbangan berkaitan isu perkauman, hak asasi manusia serta keselamatan seminggu sebelum kejohanan bermula.

Rusia akan menganjurkan kejohanan tersebut bermula 14 Jun hingga 15 Julai melibatkan 12 stadium sekitar bantar Moscow, St. Petersburg dan Sochi.

“Saya berpendapat kami mampu katakan bahawa Rusia 100 peratus bersedia dan seluruh dunia akan menyaksikannya sewaktu sepak mula pada 14 Jun ini dengan Rusia menentang Arab Saudi di Stadium Luzhniki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua orang akan menjadi saksi betapa indahnya stadium serta bagaimana sambutan tuan rumah, bagaimana persediaan berjalan lancar, ia akan menjadi satu pengalaman menakjubkan,” kata Infantino.

Rusia berdepan isu keselamatan kejohanan tersebut berkaitan penyokong dan pasukan melibatkan sentimen perkauman dalam perlawanan.

Pada bulan lalu, FIFA telah mendenda Rusia 22,682 pound (RM121,053) kerana penyokong negara itu mengejek pemain Perancis yang berbaur perkauman semasa aksi persahabatan di St. Petersburg pada Mac. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini