Rusia pasukan pertama ke pusingan kalah mati - Utusan Malaysia

Rusia pasukan pertama ke pusingan kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PETERSBURG 20 Jun – Rusia mengesahkan slot ke pusingan kalah mati selepas menundukkan Mesir 3-1 dalam aksi kedua Kumpulan A di Stadium Saint Petersburg, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan skuad Sbornaya berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan buat kali pertama dalam sejarah.

Rusia memanfaatkan kelemahan pertahanan Mesir untuk meraih tiga mata penting dengan pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan dua minit selepas babak kedua bermula dengan rembatan kaki kanan Roman Zobnin terkena Ahmed Fathi dan menerjah ke gawang sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rusia meraih gol kedua pada minit ke-59 menerusi Denis Cheryshev yang mudah merembat deras dari arah tengah kotak penalti selepas menerima hantaran Mario Fernandes.

Tiga minit kemudian, kelemahan benteng pertahanan The Pharaohs sekali lagi dihukum kali ini menerusi Artem Dzyuba yang berjaya melakukan rembatan dari dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Ilya Kutepov.

Mesir meraih gol saguhati menerusi sepakan penalti Mohamed Salah pada minit ke-73 selepas dia dijatuhkan di dalam kotak penalti dan keputusan itu menyaksikan peluang The Pharaohs untuk ke saingan seterusnya terkubur.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini