MOSCOW 13 Jun – Selepas empat tahun menanti, akhirnya Piala Dunia bakal membuka tirainya esok dengan menyaksikan dua pasukan yang mempunyai ranking tercorot bakal bertemu apabila Arab Saudi menentang tuan rumah, Rusia di Stadium Luzhniki yang turut menjadi venue final pada 15 Julai ini. Rusia berada di kedudukan ke-70 dunia mendapat slot automatik apabila menjadi tuan rumah manakala Arab Saudi di tangga ke-67 merupakan pasukan tercorot daripada 31 negara yang…










