Royalti minyak disalur terus kepada kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Royalti minyak disalur terus kepada kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Jun – Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyalurkan wang royalti minyak secara terus kepada kerajaan negeri tanpa mengira parti mana mentadbir negeri berkenaan.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2018 di Kementerian Kewangan di sini.

Ujar beliau, jumlah peratusan royalti dan butiran lanjut mengenainya masih belum diperincikan.

“Sebelum ini (semasa kerajaan dahulu) wang berkenaan diberi kepada agensi pusat negeri dalam bentuk jabatan pembangunan persekutuan, contohnya.

“Tetapi akan diberi terus kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana tadbir negeri itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat yang dipengerusikan Dr. Mahathir itu di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Ketua Menteri, Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN