‘Ronaldo sepatutnya dapat kad merah’ - Utusan Malaysia

‘Ronaldo sepatutnya dapat kad merah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARANSK 26 Jun – Jurulatih Iran, Carlos Queiroz berkata ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo bernasib baik kerana tidak diberikan kad merah walaupun perbuatannya menyiku pemain lawan telah diteliti menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) ketika seri 1-1 dalam perlawanan Piala Dunia hari ini.

Portugal akan menentang Uruguay dalam pusingan kedua selepas menduduki tempat kedua Kumpulan B, tetapi Queiroz menegaskan Ronaldo sepatutnya disingkirkan daripada perlawanan kerana menyiku muka pemain pertahanan Iran, Morteza Pouraliganji.

“Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak, ini ada kaitan dengan negara saya dan seorang pemain. Saya tahu saya akan dikecam teruk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun relitinya adalah anda memberhentikan perlawanan untuk melihat VAR, jelas itu perbuatan menyiku. Dalam peraturan menyiku akan dikenakan kad merah. Dalam peraturan tidak disebut jika pemain itu (Lionel) Messi atau Ronaldo (tidak dikenakan hukuman),” kata Queiroz yang melatih pasukan negaranya Portugal dalam Piala Dunia 2010.

Pembantu pengadil perlawanan sibuk dalam perlawanan itu apabila dua penalti diberikan selepas VAR diteliti, selain perbalahan mengenai tindakan Ronaldo.

“Kita perlu mengakui bahawa manusia melakukan kesilapan sebelum ini, itu adalah sebahagian daripada permainan. Pemain, jurulatih dan pengadil membuat kesilapan.

“Tetapi sekarang anda ada sistem yang mahal harganya. Sistem berteknologi tinggi dengan lima, enam orang menelitinya, dan apa hasilnya? Tiada sesiapa pun yang mengambil tanggungjawab.

“Kita perlu menjadi seperti ragbi. Apabila keputusan menerusi VAR diambil saya perlu tahu apa yang pengadil beritahu mereka, orang ramai perlu tahu apa yang berlaku.

“Jadi pada pendapat saya, Encik (Gianni) Infantino dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), semua orang bersetuju bahawa VAR tidak berfungsi dengan baik. Itulah realitinya, terlalu banyak rungutan,” tambahnya.

Sebelum itu Ricardo Quaresma meletakkan Portugal di hadapan menerusi sepakan lencong sebelum rehat dan Ronaldo berpeluang menggandakan jaringan menerusi penalti lima minit selepas permainan disambung tetapi sepakannya diselamatkan penjaga gol Ali Beiranvand.

Pemain pertahanan Cedric kemudian memberikan penalti kerana menampan bola dengan tangan pada penghujung permainan dan Karim Ansarifard mudah mendapatkan gol penyamaan sebelum Mehdi Taremi hampir menjaringan gol untuk membawa Iran ke pusingan kedua tetapi sepakannya sipi sekali gus pasukannya tersingkir dengan cara amat mengecewakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini