Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit menamatkan kerugian semalam apabila dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini ketika aktiviti belian giat dijalankan bagi memanfaatkan penurunan sebelum ini, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 3.9990/4.030 berbanding dolar AS daripada paras 4.0020/0050 sewaktu ditutup semalam.

Peniaga berkata, penurunan semalam adalah yang pertama menyaksikan ringgit melepasi paras 4.0 berbanding dolar AS dalam tempoh lebih lima bulan dan melonjakkan permintaan terhadap unit tempatan itu biarpun dalam keadaan ketidaktentuan defisit fiskal Malaysia serta perang perdagangan AS-China yang terus berlanjutan.

Peningkatan minat risiko itu turut ketara walaupun harga minyak mentah susut dalam dagangan semalam.

Ringgit juga kebanyakannya diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali euro yang menyaksikannya turun kepada 4.6288/6351 berbanding  4.6223/6274 semalam.

Selain itu, ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura pada 2.9452/9492 daripada 2.9476/9507 semalam, naik berbanding yen Jepun kepada 3.6364/6411 daripada 3.6431/6469 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2631/2687 daripada 5.2734/2778. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN