Remaja maut putus kepala - Utusan Malaysia

Remaja maut putus kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 13 Jun – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun putus kepala selepas kereta dinaikinya terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 3, Jalan Titi Serong-Tanjung Piandang di sini hari ini.

NG YAN HENG
NG YAN HENG

Nahas pada pukul 6.40 pagi itu mengorbankan Ng Yan Heng di tempat kejadian manakala rakannya berusia 19 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max cedera.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki dua remaja itu dalam perjalanan dari arah Simpang Lima menuju ke Tanjung Piandang.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah Proton Iswara dipandu lelaki berusia 38 tahun.

“Perlanggaran itu menyebabkan kenderaan dinaiki mangsa terbabas ke tepi jalan dan merempuh sebatang tiang elektrik.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan parah dan maut di tempat kejadian manakala rakannya serta pemandu kenderaan lain cedera,” katanya.

Menurut Omar Bakhtiar, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut selepas kepalanya terputus daripada badan akibat daripada kemalangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN