Reformasi diperlukan agar Perdana Menteri tidak pegang portfolio kewangan - Daim - Utusan Malaysia

Reformasi diperlukan agar Perdana Menteri tidak pegang portfolio kewangan – Daim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Reformasi adalah perlu bagi memastikan Perdana Menteri tidak memegang portfolio Menteri Kewangan pada masa depan untuk mengelak konflik kepentingan dan berulangnya skandal berbilon ringgit 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Langkah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tidak memegang portfolio kewangan dan memberikannya kepada Lim Guan Eng di bawah kerajaan Pakatan Harapan disambut baik oleh rakyat, kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Ini kerana ia akan membolehkan semakan dan imbangan serta mencegah penyalahgunaan pengurusan ekonomi dan kewangan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itulah sebabnya kita memerlukan reformasi untuk mencapai matlamat ini,” katanya ketika ditanya mengenai keperluan pemisahan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa satu temu bual dengan Bernama News Channel dan Perkhidmatan Ekonomi Bernama di sini semalam.

“Jika mana-mana pemimpin masa depan cuba mengubah ini, saya berpendapat rakyat akan membantah,” kata Daim yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1984 hingga 1991 di bawah Perdana Menteri, Mahathir ketika itu.

“Apabila Perdana Menteri juga menjadi Menteri Kewangan, tidak ada semakan dan keseimbangan, dia buat apa yang dia suka dan tiada siapa yang akan mencabarnya,” katanya dalam rujukan yang jelas kepada pentadbiran sebelum ini di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

“Itulah sebabnya kita katakan, pisahkan jawatan ini (kerana) ia adalah jawatan yang sangat penting, jadi tidak ada konflik kepentingan,” kata Daim yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini