Rasuah: pemilik kilang papan didakwa - Utusan Malaysia

Rasuah: pemilik kilang papan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 7 Jun – Seorang pemilik kilang papan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merasuah seorang pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu sebanyak RM5,000 dua bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tan Tee Long, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Jamaludin kemudian menetapkan 30 Julai ini untuk pengurusan kes manakala tertuduh dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain dikehendaki hadir melaporkan diri di Balai Polis Jerteh.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai RM5,000 kepada seorang penolong pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di sebuah kilang kayu, MJ Wood Industries, Kampung Bintang, Setiu pukul 1.30 petang, 2 April lalu.

Teo Liong dituduh melakukan perbuatan itu sebagai dorongan supaya pegawai berkenaan tidak mengambil tindakan terhadap kayu bulat milik tertuduh yang tidak mempunyai cop tanda tukul Jabatan Perhutanan.

Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984 sekiranya kayu bulat tersebut tidak mempunyai cop tanda tukul.

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini