BANGKOK – Rancangan Thailand untuk membeli satelit keselamatan bernilai berbilion bhat menerima kritikan rakyatnya yang bimbang kerajaan diterajui tentera itu akan menggunakannya untuk mengintip mereka. Antara pengkritik yang paling lantang menentang rancangan pembelian itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Perlindungan Perlembagaan Thailand, Srisuwan Janya yang menggesa kerajaan supaya membatalkan rancangan pembelian itu. Beliau mendakwa, satelit buatan Amerika Syarikat itu adalah ‘satelit pengintip’ berikutan kemampuannya untuk merekodkan 86,000 imej beresolusi tinggi sepanjang 24 jam setiap…










