Rakyat Terengganu tidak dipinggir – Samsuri - Utusan Malaysia

Rakyat Terengganu tidak dipinggir – Samsuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 18 Jun – Rakyat Terengganu tanpa me­ngira fahaman politik tidak akan terpinggir daripada limpahan pembangunan sebaliknya berpe­luang menikmati peruntukan pem­bangunan mengikut keperluan dan kesesuaian.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika memberi jaminan itu berkata, ini bermakna setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak terkecuali dikuasai pembangkang akan turut mendapat peruntukan sekiranya ada keperluan.

Beliau menjelaskan, keperluan itu mencakupi pembaikan kediaman selain kemudahan asas dan infrastruktur lain termasuk pembinaan jalan raya dan sebagainya demi kepentingan rakyat setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan fokus balik apabila masuk tahun 2019 dan kita akan pertimbangkan semula agar seluruh rakyat Terengganu nikmati apa jua peruntukan dalam pelbagai sektor. Namun jumlah peruntukan bergantung kepada apa yang kita sediakan seperti baiki rumah atau jalan raya dan sebagainya.

“Walaupun di DUN yang diwakili bukan kerajaan tapi bukan bermakna kita pinggirkan rakyat, kita pertimbangkan apa keperluan mendesak rakyat,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ladang di Dewan Sivik Pasir Panjang di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Dr. Ahmad Samsuri turut menafikan kerajaan negeri akan mencatu peruntukan kepada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebagaimana dilaporkan media semalam sebaliknya lebih kepada penelitian dari segi keperluan mendesak rakyat kawasan itu bagi membolehkan mereka mendapat bantuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini