SAYA memulakan penulisan rencana ini dengan menyentuh cetusan gelombang norma-norma baharu (new norms) yang dilihat begitu trendy sejak kebelakangan ini terutama selepas PRU-14. Norma baharu pertama yang ingin saya cuit ialah mengenai keberanian rakyat sebagai pengundi melepaskan diri mereka daripada ikatan politik kepartian. Secara terbuka mereka berani mengambil risiko memilih parti yang suatu ketika dilabelkan sebagai parti cauvinis untuk mentadbir negara kerana mereka tahu mereka juga berkuasa menolak parti itu…










