Rakyat perlu proaktif sumbang Tabung Harapan - Utusan Malaysia

Rakyat perlu proaktif sumbang Tabung Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu lebih proaktif menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia termasuk menganjurkan pelbagai aktiviti pengumpulan dana masyarakat di seluruh negara bagi membantu kerajaan mengurangkan hutang negara.

Bercakap sebagai orang kebanyakan, pensyarah fakulti perubatan Prof. Dr. G. Suresh Kumar mencadangkan supaya rakyat Malaysia yang mampu, menyumbangkan RM100 sebulan untuk inisiatif tersebut.

“Saya fikir sebagai rakyat Malaysia kita harus melakukan usaha kita untuk meringankan beban dan menjadi contoh yang baik. Sekiranya sejuta orang boleh menyumbang RM100 sebulan, kita akan mempunyai RM100 juta sebulan, dalam satu tahun, anda belanjakan RM1,200 dan akan dapat pengecualian cukai.

Mereka yang tidak mampu menyumbang RM100 masih boleh membantu dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, seperti merokok dan minum alkohol, dan menyalurkan wang yang dijimatkan itu ke dalam tabung berkenaan,” kata Ketua Jabatan Parasitologi Universiti Malaya itu.

Sejak dilancarkan pada 30 Mei, kira-kira RM74.6 juta (sehingga 3 petang, Ahad) telah disumbangkan ke tabung itu oleh rakyat Malaysia yang patriotik. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN