Rakyat Malaysia maut dipercayai terjatuh dari hotel di Hatyai - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia maut dipercayai terjatuh dari hotel di Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATYAI – Seorang lelaki rakyat Malaysia maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di bandar ini yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Bahagian Siasatan Polis Hatyai, Kol. Warodom Kongsuwannakhiri berkata, mayat lelaki dikenali Kong Soon Keong, 29, ditemukan di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira pukul 9 pagi tadi (waktu tempatan).

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu keluar berhibur di sebuah restoran berhampiran malam tadi dan pulang ke hotel kira-kira pukul 1 pagi tadi,” katanya hari ini dan menambah, mangsa berasal dari Kuala Lumpur.

Polis percaya mangsa terjatuh dari bilik yang didiaminya bersama empat rakan lelakinya yang lain. Polis bagaimanapun akan meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

Warodom berkata, terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa.

Beliau berkata, mangsa bersama 15 rakannya telah mendaftar masuk untuk menginap di hotel berkenaan semalam dengan menyewa lima  bilik. Mayat mangsa kini berada di hospital berdekatan untuk proses bedah siasat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN