HATYAI 16 Jun – Seorang lelaki rakyat Malaysia maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di bandar ini yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Ketua Bahagian Siasatan Polis Hatyai Kol Warodom Kongsuwannakhiri berkata, mayat lelaki dikenali Kong Soon Keong, 29, ditemukan di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan). “Hasil siasatan mendapati lelaki itu keluar berhibur di sebuah restoran berhampiran malam…










