Raja Muda Selangor sampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim - Utusan Malaysia

Raja Muda Selangor sampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jun – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM135,900 kepada anak-anak yatim di daerah Hulu Langat.

Sumbangan tersebut adalah untuk 1,359 anak yatim dengan kira-kira 550 anak yatim menerimanya hari ini dalam majlis yang berlangsung di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi dekat sini manakala selebihnya akan diserahkan kepada wakil kariah masjid masing-masing.

Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan setiap anak yatim menerima RM100 bertujuan membantu persiapan menyambut hari raya.

Baginda kemudiannya menunaikan solat zuhur berjemaah bersama hadirin serta turut mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafiz Mohd. Haneefa atau dikenali sebagai PU Hafiz.

Dalam pada itu, Selgate Corporation Sdn. Bhd. (Selgate) turut mengambil peluang menyumbangkan RM59,900 untuk anak-anak yatim yang disampaikan terus Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Hisham Mohd. Ghouth kepada Tengku Amir Shah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN