KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Promosi Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Batu Bertangkup dekat sini petang semalam. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Mahamad Sukor Senapi berkata, program itu bertujuan mendidik pengguna agar untuk bertindak bijak dengan memerhati dan memilih gerai-gerai yang sentiasa mengutamakan kebersihan. Katanya, antara kriteria yang perlu dipatuhi penjual adalah menghidangkan makanan dalam bekas yang berpenutup…










