Rais beri respon positif ura-ura jadi calon speaker Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Rais beri respon positif ura-ura jadi calon speaker Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim hari ini memberi bayangan bahawa beliau akan memberi respon yang positif sekiranya ditawar menjadi Speaker Dewan Rakyat, seperti yang dispekulasikan oleh sesetengah pihak.

“Kalau ditawarkan saya kena pusing kepala saya dahululah… insyaAllah. Tetapi saya berasa senang mendapat pandangan (desas desus dirinya antara calon Speaker Dewan Rakyat) itu dan kita tunggulah kalau ada apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas menjadi antara panel Bicara Persada ke-46 di Persada Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Bicara Persada anjuran UKM yang bertajuk Mendepani Cabaran Melestari Institusi Beraja itu turut membariskan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz, Felo Utama Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong dan Exco Pendidikan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Mohd. Asyraf Mustaqim Badrul Munir sebagai panel.

Bagaimanapun Rais yang juga bekas menteri Kabinet berkata, sehingga kini beliau belum dihubungi secara rasmi oleh mana-mana pihak mengenai perkara itu.

“Inilah pertama kali saya dengar. Orang main layang-layang sahaja, saya tidak dihubungi secara rasmi,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN