KUALA LUMPUR 27 Jun – Sekian lama tidak beraksi menghiburkan para peminatnya di Malaysia, kugiran terkenal Indonesia, Radja bakal menjayakan Konsert Radja Malaikat Cinta yang dijadualkan berlangsung pada 14 Julai ini. Dianjurkan oleh Belbis Sdn. Bhd. dan AV Group, konsert yang asalnya direncanakan pada 5 Mei itu dijangka mendapat sambutan hangat peminat yang dahagakan persembahan bertenaga mereka. Memilih StarXpo Centre yang terletak di KWC Fashion Mall Kuala Lumpur, konsert berkenaan…










