Putera William sedia jadi ‘tembok batu’ England - Utusan Malaysia

Putera William sedia jadi ‘tembok batu’ England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Jun – Putera William menegaskan, dia akan mempertahankan England sekiranya pasukan itu berdepan dengan isu perkauman dalam Pia­la Dunia di Rusia yang bermula 14 Jun ini.

Dalam pertemuan dengan pemain Three ­Lions sebelum aksi persahabatan menentang Costa Rica semalam, Putera William berkata, dia akan bersemuka dengan pihak berkuasa Rusia dan menjadi ‘tembok batu’ sekiranya pemain mereka diserang.

Buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, sistem pe­ngawasan anti diskriminasi akan disediakan di semua venue perlawanan.

Pengadil juga diberi kuasa menghenti, menggantung atau membatalkan perlawanan jika berlaku diskriminasi dan sera­ngan tanpa henti.

Rusia memiliki rekod perkauman yang buruk, malah kesatuan bola sepak negara itu sebelum ini didenda 22,000 pound (RM117,557) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana tindakan penyokong mereka menyanyikan lagu berbaur perkauman dalam aksi persahabatan menentang Perancis di St. Petersburg pada Mac lalu.

Pertahanan England, Danny Rose memberitahu keluarganya agar tidak berkunjung ke Rusia sepanjang kempen Piala Dunia kerana bimbang mereka akan menjadi mangsa serangan.

Dalam perbualan dengan pemain England, Putera William yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak (FA) berkata: “Semoga tiada insiden perkauman berlaku. Harap-harap kita tidak perlu melihat perkara seperti itu.

“Begitupun saya akan bertindak seperti ‘tembok batu’ (jika ia berlaku)”.

Putera Williams bertemu pe­ngurus England, Gareth Southgate dan ketua pasukan, Harry Kane sebelum bercakap dengan 23 pemain Three Lions dalam sesi latihan pasukan di Leeds, semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN