Putera William jumpa Mahmoud, harap keamanan Asia Barat berkekalan - Utusan Malaysia

Putera William jumpa Mahmoud, harap keamanan Asia Barat berkekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH 27 Jun – Putera William hari ini menyatakan hasrat beliau supaya keamanan di Asia Barat berkekalan semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di wilayah Tebing Barat yang dijajah Israel dalam kunjungan rasmi pertama keluarga diraja Britain ke wilayah Palestin.

William, pewaris kedua takhta kerajaan diberikan sambutan permaidani merah ke Muqata, ibu pejabat kerajaan Palestin di sini.

“Saya amat gembira kedua-dua negara bekerja sama rapat secara bersama dan memiliki kisah kejayaan dalam bidang pendidikan dan tugas bantuan pada masa lalu, justeru ia boleh diteruskan dalam tempoh lama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sentimen saya sama seperti anda dengan berharap akan ada perdamaian berkekalan di rantau,” kata William kepada Abbas dalam pertemuan mereka. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini