Pusat hiburan dihujani 25 das tembakan - Utusan Malaysia

Pusat hiburan dihujani 25 das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang dihujani 25 das tembakan dalam satu kejadian di Bukit Bintang di sini malam tadi.

Kejadian pukul 10.50 malam itu menggemparkan pelanggan serta orang awam berhampiran pusat hiburan berkenaan.

Difahamkan, tembakan itu dilepaskan sebagai tanda amaran membabitkan perselisihan faham berkaitan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, hasil siasatan mendapati dua individu menaiki sebuah motosikal bertindak melepaskan tembakan ke arah pintu masuk pusat hiburan tersebut.

Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan di laporkan dalam kejadian tersebut.

“Berdasarkan percakapan seorang saksi dia dengar bunyi beberapa das tembakan dari arah tempat letak kenderaan ketika berada di luar pintu masuk pusat hiburan itu.

“Hasil pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian mendapati 25 kelongsong peluru dijumpai di tempat letak kenderaan kira-kira 30 meter dari pintu masuk pusat hiburan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, ketika kejadian terdapat empat orang pekerja di luar pintu masuk dan bahagian penyambut tetamu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif kejadian,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN