Projek kereta nasional baharu: Tunggu kenyataan Tun Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Projek kereta nasional baharu: Tunggu kenyataan Tun Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Jun – Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad dijangka akan memberi perincian tentang bayangan beliau sebelum ini bahawa Malaysia bakal memiliki satu lagi projek kereta nasional.

ANTHONY LOKE
ANTHONY LOKE

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau percaya Dr. Mahathir akan memberikan lebih banyak maklumat berhubung perkara itu selepas Perdana Menteri tiba di tanah air.

“Setakat kita tahu, kerajaan komited untuk memperbaiki program pengangkutan awam. Saya rasa komitmen kerajaan adalah untuk membantu masyarakat awam mendapat keterhubungan pengangkutan yang lebih baik.

“Perdana Menteri juga memberi komitmen dan sokongan penuh bahawa kita perlu memperbaiki sistem pengangkutan awam kita termasuk bas dan teksi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dr. Mahathir ketika di Tokyo, Jepun semalam membayangkan bahawa Malaysia bakal memiliki satu lagi projek kereta nasional setelah pemilikan Proton kini sebahagiannya telah dijual kepada syarikat China, Geely.

Perdana Menteri berkata, kemungkinan juga projek ini akan turut membabitkan rakan-rakan negara ASEAN yang lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN