Projek beri harapan - Utusan Malaysia

Projek beri harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA dengan keinginan untuk memberi peluang kedua kepada golongan yang ada sisi gelap, sekumpulan lima orang pelajar dari Kolej Yayasan Saad (KYS) Melaka yang diketuai oleh Naylee Izzati dan Youth Trust Foundation (MyHarapan) telah melaksanakan projek Perpustakaan Manusia atau lebih dikenali sebagai “Human Library” bertempat di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

Projek ini turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Jabatan Penjara Malaysia (Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
Proses Human Library ini sama seperti proses meminjam buku di perpustakaan biasa, di mana pembaca akan mendaftar nama dan kemudian akan di bantu untuk bertemu dengan “buku manusia” (human book) yang menjadi pilihan pembaca. Dalam projek ini, human book ialah bekas banduan dan orang diparol manakala pembaca adalah dalam kalangan para majikan yang sedang mencari pekerja.
“Pembaca dan human book kemudian diberi masa 15-20 minit untuk berdialog dan ini adalah kaedah ‘membaca’ di Human Library”, kata Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohammad Rizan Hassan.
“Ketika sesi ‘bacaan’ ini, pembaca akan mendapat peluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang human book berkenaan – seolah-olah membaca sebuah buku, tetapi pembaca berpeluang untuk ‘membaca’ manusia yang mewakili tajuk-tajuk buku yang menarik”, jelas beliau.
Menurut Rizan lagi, buku-buku dibawa oleh Jabatan Penjara Malaysia, dan mereka ini mewakili golongan yang dianggap tersisih daripada masyarakat umum disebabkan sisi gelap mereka, penyakit, keadaan hidup mahupun pekerjaan.
“Objektif Human Library adalah untuk menggalakkan dialog, mengurangkan atau menolak prejudis dan meningkatkan toleransi sesama manusia”, kata Naylee Izzati, sebagai ketua projek.
Ia juga satu platform untuk memberikan ruang kepada kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada pelbagai latar belakang, jelas beliau.
“Platform ini mengiktiraf kepelbagaian, membina persefahaman, merapatkan jurang dan mewujudkan perpaduan sesama manusia”, katanya lagi.
Seramai 60 orang bekas banduan dan orang diparol hadir dan 15 majikan tampil dalam sesi yang diakhiri dengan jamuan berbuka puasa beramai-ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN