Program Jimat Belanja Aidilfitri di Pasar Tani bermula 8 Jun - Utusan Malaysia

Program Jimat Belanja Aidilfitri di Pasar Tani bermula 8 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan segar untuk keperluan Aidilfitri di 724 lokasi Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara mulai 8 Jun hingga 14 Jun depan.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata, program Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani itu menawarkan barangan segar yang biasa digunakan ketika sambutan Aidilfitri terutamanya pelbagai jenis daging dan kelapa.

“Turut dijual di program Jimat Belanja Aidilfitri ialah daun palas untuk membuat ketupat, lemang dan lain-lain lagi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan di Pasar Tani Putrajaya di Presint 2 hari ini.

Tambah beliau, keperluan lain yang terdapat di program Jimat Belanja Aidilfitri ialah serai, lengkuas, daun kunyit dan gula merah.

Jelas Ahmad, FAMA komited untuk memastikan barangan keperluan di semua pasar tani dijual pada harga berpatutan, selain segar dan berkualiti. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN