KUALA LUMPUR – Program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin (PATI) atau program rehiring yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen bermula pada 15 Februari 2016 akan ditamatkan pada 30 Jun ini
![]() |
|
|
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, menerusi program ini, PATI diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan iaitu sektor perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.
Beliau memberitahu, bagi tempoh 15 Februari 2016 sehingga 28 Mei lalu sebanyak 744,942 PATI dan 83,919 majikan telah berdaftar dalam program rehiring ini.
“Selepas tarikh ini (30 Jun) semua urusan dengan vendor-vendor yang dilantik sebelum ini akan ditamatkan. Tiada lanjutan tempoh akan dibenarkan. Orang ramai dan majikan boleh berurusan terus dengan Jabatan Imigresen bagi semua jenis perkhidmatan untuk penggajian pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.











