KUALA LUMPUR 29 Jun – Kelab Rotary Bukit Angkasa (RCBA) dengan kerjasama KTM Berhad melalui KTM Holidays buat pertama kalinya menganjurkan Program Berbasikal Tren Khas RCBA-Cycle4Life yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 1 Julai depan. Presiden RCBA, Yap Fatt Lam berkata, program tersebut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta mendapat penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara. Malah kata beliau, aktiviti berkenaan…










