KANGAR 18 Jun – Pengumuman Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Presiden UMNO disifatkan tepat dalam mengimbangi kehendak ahli parti dan rakyat yang mahu melihat Ketua Pemuda UMNO itu memimpin UMNO seterusnya membawa perubahan secara drastik di dalam parti keramat orang Melayu itu. Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, tidak dinafikan Khairy membawa suara anak muda selain cukup popular dalam kalangan rakyat di negara ini melalui reputasinya yang…










