Prayuth tidak akan bangkit isu ekstradisi - Utusan Malaysia

Prayuth tidak akan bangkit isu ekstradisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 19 Jun – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengesahkan bahawa beliau tidak akan membincangkan isu ekstradisi dua bekas Perdana Menteri Thaksin dan Yingluck Shinawatra semasa lawatannya ke United Kingdom (UK).

Lawatannya ke UK dan Perancis mulai esok hingga 26 Jun akan tertumpu kepada soal ekonomi, perdagangan dan pelaburan yang disifatkan Perdana Menteri itu sebagai perkara amat penting bagi Thailand.

“Saya tidak akan bincangkan perkara lain,” kata beliau, bila ditanya oleh media hari ini sama ada beliau akan membincangkan isu ekstradisi itu dengan rakan sejawatan UKnya Theresa May.

Prayut ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini hari ini.

Media tempatan membuat spekulasi dua adik beradik itu, Thaksin dan adik perempuannya, Yingluck telah melarikan diri ke United Kingdom selepas masing-masing meloloskan diri keluar dari Thailand pada 2008 dan Ogos tahun lepas.

Lawatan Prayut itu merupakan kunjungan pertama oleh perdana menteri sejak Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk melonggarkan sekatan ekonomi ke atas Thailand tahun lepas berikutan rampasan kuasa tentera pada 2014. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN