MUAR 5 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Muar merampas sebanyak 1,044 botol dan tin minuman keras dipercayai tiada cukai dalam serbuan di Sungai Abong, semalam. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua rampasan bernilai kira-kira RM10,168 itu hasil risikan dan maklumat awam. “Kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, sepasukan pegawai dan anggota PPM berjaya memintas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berada…










