HANOI 23 Jun – Polis Vietnam berjaya mematahkan rangkaian perjudian bola sepak dalam talian bernilai kira-kira AS$26 juta (RM104.05 juta) dengan menahan empat suspek ketika pihak berkuasa membuat sekatan pertaruhan pasaran gelap yang meningkat terutama Piala Dunia berlangsung ketika ini. Perjudian diharamkan di Vietnam selain loteri dan segelintir kasino hanya dibuka kepada warga asing. Bagaimanapun, undang-undang dilanggar secara berleluasa terutama ketika kejohanan peringkat atasan apabila ramai bertaruh dalam talian atau perjudian haram untuk mencuba nasib. Menurut laporan diterbitkan dalam akhbar rasmi polis, Cong An Nhan Dan, empat individu terbabit ditahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya