KUALA LUMPUR 24 Jun – Siasatan terhadap peguam Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim akan diteruskan di bawah Seksyen 363 dan 186 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff yang ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini berkata, kertas siasatan yang lengkap akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya. “Sebaik kertas siasatan lengkap, kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan…










