Polis terus serbu pusat judi - Utusan Malaysia

Polis terus serbu pusat judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jun – Polis akan terus mempergiatkan serbuan ke atas pusat-pusat judi yang dipercayai kembali beroperasi di beberapa kawasan di sekitar Sela­ngor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, usaha membanteras kegiatan haram itu sememangnya sentiasa dilakukan.

“Apabila kita ada menerima maklumat, kita akan terus menggempur pusat-pusat judi tersebut,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan hampir 200 pusat judi kembali beroperasi secara terbuka di Lembah Klang khususnya di sekitar Selangor terutama sejak peralihan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam pada itu, ditanya me­ngenai perkembangan siasatan ke atas Datuk Seri Jamal Md. Yunos, Fadzil memberitahu, pihaknya sehingga kini masih mengesan kedudukan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu yang dipercayai melarikan diri ke negara jiran.

“Kita sedang giat mengesannya bagi melaksanakan tangkapan ke atas Jamal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN